-->

Ketahui 6 Tips Tayar Kereta Anda

                Image result for tips penjagaan tayar kereta

Saya percaya ramai orang sedia maklum ingin mengetahui cara menjaga tayar kereta masing-masing. Namun sekali lagi saya cuma ingin berkongsi dengan anda sebagai peringatan untuk diri saya juga.

Rata-rata pemandu kereta terutama lelaki mahupun wanita banyak mengabaikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaan tayar kereta. Bukan kerana tidak tahu, tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada sikap lalai.

Jom sama-sama kita ketahui cara menjaga tayar kereta kita dengan sebaiknya. Berikut adalah 6 tip penjagaan tayar kereta yang patut anda tahu.

1. Pemilihan Saiz Tayar Yang Sesuai

Bagi lelaki sememangnya gemar sport rim. Paling penting perlu ingat penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh beri kesan pada tayar dan roda anda.

2. Pemeriksaan Berkala Tekanan Angin Tayar

Pastikan anda selalu memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Kalau kereta basic tekanan angin anda pastikan 210-240 psi. Pastikan isi tekanan angin dengan secukupnya untuk keempat-empat tayar.

3. Tukar Kedudukan Tayar Kereta Secara Bersilang

Pastikan menukar kedudukan atau rotation tayar kereta anda setiap 3 bulan sekali secara bersilang untuk memastikan dapat mengimbangi keadaan roda tayar.

4. Lakukan Alignment Dan Balancing Tayar

Lakukan alignment tayar kereta setiap pada 10000 kilometer perjalanan. Sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang dan banyak gegaran ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignment. Selain buat alignment, balancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

5. Ketahui Spesifikasi Tayar

Perlu diingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Terdapat perkara penting yang anda perlu ketahui tentang spesifikasi tayar anda seperti tahun pembuatan tayar, Rim diameter, radius ketebalan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.

6. Pemeriksaan Thread Tayar

Pemeriksaan thread tayar secara berkala amat penting dalam memastikan tempoh hayat tayar anda dapat bertahan dengan lebih lama. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, itu petanda sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.

0 comment... add one now