-->

Kerusi Kereta Keselamatan Untuk Kanak-Kanak Anda


Kini, pengguna car seat atau kerusi kereta kanak-kanak, bukanlah perkara wajib dipatuhi oleh setiap pengguna. Tetapi kalau dilihat dari aspek keselamatan, ia sebenarnya satu keperluan yang tidak boleh dipandang rendah.

Memegang status sebagai ibu, tidak dinafikan timbul rasa belas apabila tengok anak menangis. Tetapi mana satu anda mahukan? Melihat anak menangis atau kita sendiri menangis menyesal apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak?

Antara faktor penting penggunaan kerusi kereta kanak-kanak adalah memudahkan ibu atau bapa, yang terpaksa memandu seorang diri, mengajar kanak-kanak tentang keadaan sebenar dalam kereta ketika di jalan raya.

Keselamatan dan nyawa bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Mungkin ada yang memberi alasan anak masih menyusu. Tetapi, seandainya kita menjadikan ia sebagai rutin, pasti lama-kelamaan anak terbiasa.

Tidak dinafikan harga sebuah kerusi kereta kanak-kanak agak mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Namun, masih ada banyak pilihan yang ditawarkan dalam harga berpatutan. Pilih dan belilah mengikut kemampuan.

Terdapat dua jenis kerusi kereta kanak-kanak iaitu:

1. Bakul Bayi (CARRIER)


Mampu menampung berat bayi hingga maksimum 15kg mengikut jenama tertentu. Lebih sesuai untuk bayi dan ada yang boleh diubah menjadi stroler.

2. Konvertibel


Kelebihan jenis konvertibel adalah boleh menghadap ke hadapan atau belakang. Sesuai untuk bayi sehingga berusia 3 atau 4 tahun bergantung kepada berat.

Kedua-duanya didatangkan dengan fungsi yang hampir sama tetapi dengan had umur dan berat berbeza.

Panduan Memilih

1-Pilih car seat mengikut kesesuaian berat dan umur anak

2-Senang dan mudah dipasang

3-Tidak membebankan untuk diangkat

4-Menepati piawaian Malaysia (MS 594: 1995) dan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECE R44.03 atau R44.04)

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now