Inilah Masjid Saddam Hussein Yang Tidak Siap Dibina

                  Image result for MASJID SADDAM HUSSEIN

Pada lewat tahun 90an, Saddam Hussein yang mana ketika itu merupakan Presiden Iraq merancang membina sebuah masjid dan ianya menelan belanja sehingga $1 bilion. Dinamakan sebagai Masjid Saddam Jama’ Kabir, masjid ini mula dibangunkan pada tahun 1999.

Jika masjid ini sempat siap dibina, ia merupakan satu pencapaian yang cukup besar dalam sejarah pemerintahan Saddam dan bakal menjadi masjid ke tiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekah serta Madinah.

Dibangunkan di atas tanah seluas 100 ekar, iaitu seluas dua padang bola dengan 64 buah kubah, setinggi 20 tinggkat dan dilengkapi dengan menara setinggi 280 meter.

Selain daripada ini, terdapat satu lagi Masjid yang hebat dibina Saddam. Masjid ini digelar dengan panggilan Masjid Umm al-Ma’arik yang bermaksud Masjid Ibu Segala Perang. Selain berfungsi sebagai masjid, ia juga merupakan monumen penting bagai memperingati sejarah perang teluk yang berlaku pada tahun 1991.

Yang menarik tentang rekaan senibinanya ialah menara yang terdapat pada masjid ini. Empat menara melambangkan Rifel Kalashnikov dan empat lagi berbentuk seperti peluru berpandu melambangkan Scud missiles.

                 Image result for MASJID SADDAM HUSSEIN

                Image result for MASJID SADDAM HUSSEIN

Selain itu terdapat juga menara setinggi 43 meter melambangkan 43 hari konflik antara Amerika dan Iraq dan satu lagi menara setinggi 37 meter yang melambangkan tahun kelahiran Saddam iaitu pada tahun 1973.

Meskipun begitu, kerajaan Iraq menafi keras tentang rekabentuk menara masjid tersebut yang dikatakan berbentuk seperti peluru Scudyan iaitu peluru yang dihantar menyerang Israel pada tahun 1991.

No comments

Powered by Blogger.