Harga Motosikal Bakal Naik Tahun Depan


Kini, dengan kadar nilai mata wang ringgit Malaysia terus menjunam, ia pasti akan memberi kesan kepada harga motosikal dijual di mana harganya akan lebih mahal tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chai berkata, ia memandangkan sistem pengangkutan awam di negara ini masih belum sempurna, jadi penggunaan motosikal tetap dianggap sebagai kenderaan penting lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Motosikal adalah pengangkutan yang amat penting di negara kita. Oleh itu harga yang dijual mestilah berpatutan bersesuaian dengan kemampuan golongan yang memerlukan.

"Bagaimana pun, jualan motosikal bukan sahaja dikenakan GST sebanyak enam peratus, malahan turut dikenakan cukai eksais sebanyak 20 peratus.

"Harga motosikal terpaksa dinaikkan mengikut nilai Ringgit Malaysia dalam pasaran.

"Persatuan kami sekali lagi berharap kerajaan dapat memandang serius isu ini agar dapat mengkaji menurunkan cukai eksais ini bagi meringankan beban pengguna yang pendapatan rendah dan sederhana," katanya seperti dilapor Nanyang Siang Pau.

Menurutnya, sejak GST dilaksanakan pada tahun lalu, jualan motosikal di seluruh negara terjejas dan menyebabkan ramai penjual motosikal rasa bimbang dan tertekan.

Kepada anda yang ingin beli motosikal yang baru, berfikir dahulu sebelum membeli dan biarlah mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

0 comment... add one now