Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Cantik Shima Anuar

                 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Shima Anuar

Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik manis Shima Anuar difahamkan baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang jejaka yang juga merupakan ahli bisnes.

Menurut pelakon muda yang berusia 25 tahun itu, dia memilih calon suami yang bernama Mohd Solih Toha, adalah kerana suri hatinya itu memiliki keperibadian yang amat disenangi.

“Dia adalah seorang yang bertangunggjawab, penyayang, hormat dan pandai menjaga hati orang,” jawabnya ringkas.

Menyingkap detik-detik perkenalan mereka pula, menurut Shima dengan nada yang amat gembira, pertemuan diantara mereka hanya menerusi daripada rakan kenalan. Shima kelihatan begitu anggun dan menawan mengenakan busana berwarna hijau mint sedondon dengan tunangnya itu.

“Sebenarnya kami berkenalan daripada kawan-kawan juga. Namun dalam perhubungan kami berdua memang tidak ada niat pun nak melanjutkan kenalan sehingga ke peringkat yang seterusnya, kami cuma sekadar kawan biasa.

“Namun begitu, lama-kelamaan kami serasi bersama, perangai pun lebih kurang dengan saya. Dia seorang yang bersederhana dan berbeza dengan dengan status dirinya, sangat merendah diri,” ujarnya.

Pasangan Shima Anuar dan bakal suaminya itu bakal mendirikan rumah tangga pada bulan April tahun depan disebuah lokasi yang akan diberitahu kelak.

“Sebenarnya persiapan saya berasa takut juga sebab masih lagi terlibat dengan penggambaran drama sehingga ke bulan dua tahun depan. Jadi masa pun tak banyak lagi, Insya-Allah rancang dan buat satu per satu.

“Fasal majlis resepsi pula biarlah dibuat secara bersederhana dan tidak kerterlaluan meriahnya. Selepas majlis pernikahan, resepsi pula akan dilangsungkan sekali sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shima anuar yang sedang menjalani penggambaran drama Pembacuh Kopi Mr Vampire itu berkata, meskipun sudah bergelar isteri nanti dia masih akan meneruskan kerjayanya dan pada masa menjaga batas sebagai isteri orang.

“Insya-Allah saya akan teruskan karier sebagai pelakon dan bakal suami pun akan terus menyokong. Dalam pada itu, saya pun kena tahu juga limit bila dah jadi isteri nanti,” ujarnya.

                    Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Shima Anuar

                   majlis bertunang shima anuar

No comments

Powered by Blogger.