Facebook Kini Menambah Kebolehan “Melambai” Kawan Pada Fungsi Nearby Friends

                   Facebook Wave

Facebook sering menguji sejumlah fungsi baru pada perkhidmatan mereka dalam menjadikannya ia kekal interaktif dan membolehkan pengguna aktif menggunakannya. Terkini, melalui fungsi “Nearby Friends”, pihak Facebook dilihat menguji sebuah fungsi yang membolehkan anda melambai rakan-rakan lain.

Fungsi baru ini dilihat menggantikan fungsi sebelum ini yang memperlihatkan lokasi spesifik seseorang pengguna apabila Nearby Friends diaktifkan. Kini, lokasi spesifik tidak lagi diperlihatkan, sebaliknya hanya memaparkan nama lokasi dan anggaran jarak daripada seseorang.

Dan dalam memudahkan anda berinteraksi dengan rakan lain, atau memberitahu anda ada berdekatan dengan mereka, Facebook menambah sebuah ikon yang dipanggil “Wave”, yang membolehkan anda melambai kepada rakan-rakan dan menyatakan anda berada berdekatan dengan mereka.

No comments

Powered by Blogger.