Digital Light Sistem Lampu Kereta Pintar Dibangunkan Oleh Mercedes Benz


Kenderaan pintar pemanduan automatik sedang dibangunkan dengan pesat. Tetapi bagi majoriti pengguna, kebarangkalian memilikinya pastinya agak rendah kerana kos yang amat tinggi. Di Mercedes Benz mereka telah membangunkan sistem lampu kereta pintar Digital Light.

Digital Light dibangunkan bagi menyelesaikan masalah biasa melibatkan penggunaan lampu pada kereta. Sistem Digital Light mempunyai 2 Juta lampu yang setiap satunya boleh dikawal. Apabila tiba di jalan gelap ia secara automatik menjadi lebih terang dan mengaktifkan mod lampu tinggi. Yang membuatkannya lebih pintar ialah ia boleh mengesan kehadiran kenderaan atau pejalan kaki dan terus merendahkan tahap ketinggian lampu bagi mengelakkan silau mata.

Kerana setiap lampu boleh dikawal, ia turut boleh memaparkan pelbagai logo amaran kepada pengguna lain. Apabila kenderaan akan berhenti ia boleh menyinarkan logo "Berhenti" atau menghasilkan laluan Zebra kepada pejalan kaki. Apabila tiba di simpang, ia boleh memaparkan anak panah membelok untuk dilihat oleh pemandu sebagai bantuan navigasi serta isyarat kepada pemandu dari arah bertentangan kenderaan akan membelok.

Mercedes Benz masih menguji sistem ini dan ia akan mula digunakan pada kenderaan komersial seawal tahun hadapan.

Sumber: Amanz

No comments

Powered by Blogger.