Cuaca Sejuk Mampu Bantu Bakar Kalori Anda

Cuaca Sejuk Mampu Bantu Bakar Kalori Anda

Menjelang akhir tahun, cuaca di negara Malaysia cenderung lebih kearah mendung dan sejuk. Hal ini juga yang mendorong kebanyakan orang jadi lebih rajin bermalas-malasan dan hanya di tempat tidur.

Namun, jika anda tinggal di tempat dengan cuaca sejuk, sebenarnya anda punya tambahan senjata baru untuk membakar kalori: angin dingin yang bertiup ketika anda keluar rumah.

Suhu sejuk boleh menaikkan pembakaran kalori. Sebuah kajian mendapati, tubuh kita mempunyai dua jenis lemak iaitu coklat dan putih. Lemak coklat mencetuskan tubuh untuk membakar lemaknya sendiri demi memastikan suhu tubuh tetap hangat. Sedangkan lemak putih mendorong tubuh untuk menyimpan lemak tubuh.

Secara rata-rata, 90 peratus daripada lemak tubuh adalah lemak putih. Ini tentunya tidak sesuai, kerana bererti pembakaran lemak di tubuh sangat sedikit.

Menyiarkan Health, cuaca sejuk boleh merangsang pengeluaran lemak coklat tadi. Apabila anda kedinginan, tubuh akan menggigil dan menggeletar yang adalah cara tubuh untuk menghangatkan dirinya dengan meningkatkan metabolisme dan bakar kalori.

Salah satu kajian mendapati, menghabiskan masa di luar saat sejuk, boleh meningkatkan pembakaran kalori sehingga 30 peratus. Semakin lama waktu yang anda habiskan di cuaca sejuk, semakin biasa tubuh anda dan menggigilnya pun berkurang. Itu kerana tubuh telah menghasilkan lebih banyak lemak coklat.

Oleh kerana itu, ketika cuaca di luar turun, mulailah menikmatinya. Menghabiskan masa di luar ketika cuaca sejuk boleh membantu membakar lemak tubuh, berbanding memilih untuk menghangatkan diri di dalam rumah.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.