-->

CIMB Deals Dijenamakan Semula Menjadi CIMB Pay

CIMB Deals Dijenamakan Semula Menjadi CIMB Pay

Kini, dengan pengenalan aplikasi baru iaitu CIMB EVA, pihak CIMB juga dilihat telah menjenamakan semula aplikasi CIMB Deals untuk Android menjadi CIMB Pay sekaligus menyediakan kemudahan untuk membuat pembayaran menggunakan telefon pintar.

Menggunakan CIMB Pay, pengguna akan perlu menambah kad kredit atau debit CIMB terlebih dahulu, dan seterusnya anda boleh membuat pembayaran di pelbagai kedai di seluruh negara dengan hanya sentuhkan telefon pintar anda sahaja.

Melalui CIMB Pay, ia menyokong kedua-dua kad VISA dan juga MasterCard. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan ia pada beberapa terminal yang menerima pembayaran berasaskan NFC sahaja, selain memerlukan telefon pintar dengan sokongan tersebut.

Selain CIMB, pihak Maybank juga turut menawarkan aplikasi lebih kurang sama dinamakan Maybank Pay, dan Samsung dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan Samsung Pay di Malaysia.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now