CatchThatBus Kini Menyokong Pembayaran Tunai

CatchThatBus Kini Menyokong Pembayaran Tunai

Musim cuti sekolah ahir tahun sudah bermula. Ramai antara pengguna akan membeli tiket bas baik untuk pulang ke kampung halaman, untuk melancong, dan pelbagai lagi aktiviti. CatchThatBus, peneraju jualan tiket bas atas talian kini telah menawarkan pilihan pembayaran secara COD (Cash On Delivery) bagi memudahkan pengguna.

Sebelum ini CatchThatBus menyokong transaksi secara atas talian dan ini sememangnya telahpun memudahkan pengguna. Namun menyedari masih terdapat pengguna yang inginkan proses tersebut dengan lebih mudah dan mahukan pilihan pembayaran tunai, bermula hari ini pilihan sebegini akan wujud untuk pembeli tiket CatchThatBus di sekitar Lembah Klang.

Pengguna boleh menempah tiket, dan tiket tersebut akan dihantar oleh Mobile Waiter iaitu rakan kerjasama untuk proses penghantaran.

Pilihan pembayaran secara COD ini terdapat menerusi laman rasmi CatchThatBus, dan juga menerusi aplikasi mereka. Menurut CatchThatBus, mereka juga menyediakan kaunter tiket di beberapa lokasi seperti Melaka, Kuantan dan juga Ipoh.

Semoga bermanfaat kepada anda!

No comments

Powered by Blogger.