Cara Mudah Pindah Aplikasi Android Ke Micro SD Tanpa Root

Cara Mudah Pindah Aplikasi Android Ke Micro SD Tanpa Root

Kini, banyak telefon pintar dan tablet Android yang berada di pasaran tidak menyertakan kapasiti penyimpanan dalaman yang besar, tetapi menyediakan slot micro SD sahaja.

Mudah dan boleh dipindah dari satu peranti ke peranti lain, micro SD menjadi benda wajib yang harus dimiliki oleh setiap pengguna smartphone dan tablet.

Terlebih bila anda sering muat turun aplikasi Android ke dalam telefon pintar dan tablet. Bila tak diatur secara manual, aplikasi Android yang dimuat turun akan terus disimpan di dalam memori dalaman.

Apabila ia penuh, anda akan mula merasa prestasi telefon pintar dan tablet semakin perlahan. Salah satunya cara untuk mengatasi hal tersebut adalah dengan memindahkan aplikasi yang tersimpan di memori dalaman ke micro SD.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja!

Sebelum melakukan pemindahan, ada beberapa perkara yang harus anda siapkan, antaranya

1. Move to SD, iaitu fail yang akan dibuka di dalam komputer

2. Kabel USB

3. USB driver yang sesuai dengan jenama peranti Android anda.

Cara Mudah Pindah Aplikasi Android ke Micro SD Tanpa Root

Berikut adalah caranya:

1. Aktifkan Mode Debugging, masuk ke menu Settings> Developer options lalu beri tanda semak pada USB Debugging.

2. Setelah aktif, sambungkan peranti Android anda ke komputer. Pastikan kabel data dipasang ke PC atau notebook dengan baik.

3. Ekstrak fail Move to SD.zip. Di dalamnya, anda akan mencari folder dengan fail bernama Enable Move to SD.bat. Klik fail tersebut, dan akan muncul file cmd.

4. Jika sudah berjaya anda boleh masuk ke menu Settings> Manage Applications. Setelah masuk, tinggal memilih aplikasi mana yang ingin dipindahkan. Setelah menentukan aplikasi mana yang ingin dipindahkan, anda tinggal memilih butang Move to SD Card.

5. Sekarang, anda tinggal tunggu proses pemindahan aplikasi sampai selesai.

0 comment... add one now