-->

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Daftar Simpanan Shariah KWSP

Kini, bagi pemegang KWSP anda boleh menukar simpanan konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP. Tapi bagaimana cara mendaftar Simpanan Shariah KWSP? Apakah itu Simpanan Shariah? Simpanan Shariah adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diluluskan dan dilaburkan berpandukan shariah.

Sebenarnya, pendaftaran Simpanan Shariah telah bermula 8 Ogos 2016 lalu, di mana ia akan dikuatkuasakan pilihan Simpanan Shariah pada tahun 2017. Oleh itu, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016 tertakluk peruntukan dana.

Bagi ahli yang ingin membuat pendaftaran Simpanan Shariah KWSP bolehlah hadir ke mana-mana kaunter KWSP mulai 8 Ogos 2016.

Cara Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

1-Tarikh berdaftar mulai 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016 tertakluk dana yang disediakan oleh KWSP

2- Perlu hadir ke kaunter KWSP dan membawa kad pengenalan untuk pengesahan identiti

2-Ahli perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak

Keputusan Permohonan Memilih Simpanan Shariah KWSP

Jika permohonan ahli berjaya akan menerima Notis atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuatkuasa tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuatkuasa pilihan Simpanan Shariah.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi;

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000 atau layari laman web https://www.kwsp.gov.my/

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now