Cara Daftar Maybank2U Dengan Mudah


Kini, pelbagai kemudahan telah disediakan seiring dengan teknologi yang makin maju. Ramai orang lebih suka bershopping secara online kerana mudah, senang dan tidak perlu menyusahkan diri untuk berbaris ketika membuat pembayaran. Oleh itu, disini saya akan memberi perkongsian cara mendaftar Maybank2U suapaya dapat membantu anda membuat pembayaran secara online.

Cara Daftar Maybank2U Dengan Mudah

Bahagian 1

1-Pergi ke Mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda

2-Masukkan No. Pin anda

                 Cara Daftar Maybank2u

3-Pilih Maybank2U / Phone Banking / ATM SMS Alerts pada menu utama skrin mesin ATM

                 Cara Daftar Maybank2u

4-Masukkan No. Pin 6 digit

                 Cara Daftar Maybank2u

5-Masukkan No. pin 6 digit sekali lagi untuk pengesahan

Bahagian 2

Setelah selesai bahagian pertama, anda perlu mendaftar pula secara online.

Step Kedua

1-Layari laman web di http://www.maybank2u.com.my/Cara Daftar Maybank2u

2-Klik pada “First Time Log In”.

3-Anda perlu tengok video mengenai Maybank2U. Video tersebut bertujuan bagi mendedahkan mengenai Keselamatan Online Banking. Kemudian, tekan pada butang “Continue".

                    Cara Daftar Maybank2u

4-Seterusnya, di paparan ini masukkan “Access No” & “Pin”

5-Sila pilih Imej untuk ciri-ciri keselamatan anda

6-Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian tekan butang “Submit”.

                 Cara Daftar Maybank2u

7-Paparan seterusnya menunjukkan nama yang anda pilih berserta soalan keselamatan.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now