Canopy Walk dan Rentasi Hutan di Air Hitam Dalam Educational Forest


Sempena musim cuti sekolah ini, anda bersama dengan keluarga anda boleh mencuba aktiviti yang menarik ini iaitu 'Canopy Walk' dan laluan merentasi hutan di Air Hitam Dalam Educational Forest, Sungai Dua, Tasek Gelugor. Memang menarik ahh pemandangan di situ! Sungguh cantik..

Selain berfungsi sebagai destinasi pelancongan untuk keluarga dan rakan-rakan, ianya juga merupakan tempat yang sesuai bagi pencinta alam. Di situ, anda boleh mengambil gambar pemandangan cantik selain menikmati kehijauan flora.

Anda juga boleh menjelajah hutan paya bakau dengan diiringi bunyi unggas dan burung yang merupakan habitat semulajadi bagi mereka.



Apa yang menarik, tempat tersebut dibuka pada setiap hari dan masuk adalah percuma!

No comments

Powered by Blogger.