Apple AppStore Bakal Memaparkan Harga Dalam Ringgit Malaysia

Apple AppStore Akan Mula Memaparkan Harga Dalam Ringgit Malaysia

Apple AppStore merupakan kedai atas-talian yang disertakan pada iOS, membolehkan para pengguna peranti seperti iPhone dan iPad untuk memuat-turun aplikasi, permainan dan kandungan melaluinya. Ia bukan sahaja menyediakan kandungan dan aplikasi percuma, tetapi juga berbayar.

Sehingga kini, Apple memperlihatkan harga jualan untuk aplikasi dan kandungan di AppStore dalam harga USD, tetapi kini mereka akan mula memaparkan harga dalam Ringgit Malaysia tidak lama lagi.

Dengan perubahan paparan harga ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih efisyen, selain tidak lagi perlu risau akan mengenai tukaran mata wang yang sentiasa berbeza setiap hari.

Sama-sama kita nantikan!

No comments

Powered by Blogger.