8 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ke Lombok

               Image result for lombok indonesia

Semua orang tahu Pulau Lombok di Indonesia memang terkenal dengan keindahan pantai dan keunikan bentuk muka bumi yang masih terpelihara sehingga kini. Maka, tidak hairanlah sekiranya, jumlah pelancong dari Malaysia ke pulau ini dikatakan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi buat mereka yang belum pernah menjejakkan kaki mereka ke sini,
disini saya senaraikan beberapa tips penting untuk dijadikan panduan semasa percutian anda ke Lombok.

1. Terletak di dalam wilayah Nusa Tenggara Barat yang terdiri daripada Pulau Lombok di bahagian barat dan Pulau Sumbawa di bahagian timur.

2. AirAsia merupakan satu-satunya penerbangan terus daripada KLIA2 dengan jumlah 2 penerbangan sehari. Tempoh perjalanan adalah 3 jam sahaja.

                 

3. Tidak perlu isi borang kedatangan, sebaliknya hanya perlu isi borang cukai kastam Indonesia.

4. Sewaktu di KLIA2, kemungkinan besar anda akan menaiki pesawat yang penuh dengan warga Lombok yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.

Pilih hot seat sekiranya anda tidak masuk bersesak-sesak dengan mereka yang rata-ratanya tidak pandai beratur dan suka berebut-rebut untuk menaiki pesawat.

5. Plug elektrik di sini berbeza dengan di Malaysia, jadi jangan lupa bawa international adapter.

6. Zon waktu di Lombok adalah sama dengan Malaysia. Maka tidak perlu anda menukar waktu jam anda.

7. Liputan internet di Lombok tidak berapa bagus. Pastikan anda mendapatkan kad sim Telkomsel Simpati semasa percutian anda.

Kad sim boleh dibeli di airport ataupun di kedai-kedai telefon di luar sana. Pastikan hanya Telkomsel Simpati sahaja dan bukan XL, IM3 Indosat sekiranya anda tidak mahu menyesal.

8. Majoriti penduduk di Lombok beragama Islam
Jadi anda boleh makan tanpa was-was di mana-mana warung di sekitar Pulau Lombok. Namun, sekiranya anda ke Gili Trawangan, anda perlu lebih berhati-hati kerana bukan kesemua makanan yang dihidangkan di sana halal.

                 Image result for lombok indonesia

0 comment... add one now