-->

8 Tips Semak Masalah Sistem Brek Kereta Anda

Semak Masalah Sistem Brek Kereta

Tahukah anda sebuah kereta tak kiralah sama ada mahal atau murah mempunyai pelbagai kompenen dan sistem yang perlu dijaga dan diperiksa selalu. Antara yang terpenting ialah sistem brek kenderaan anda.

Brek kereta akan lebih tahan lama jika anda tidak kerap gunakannya, maksudnya tidak selalu emergency brake dengan jaga jarak pemanduan.

Jadi, macam mana nak semak sistem brek kenderaan? Mana mana nak tahu kalau brake pad dah haus? Macam mana nak tahu tahap minyak brake?

Jom! sama-sama kita lihat apakah petanda-petanda itu:

1. Semak takat minyak brek dalam tabung yang anda boleh lihat dalam bonet depan kereta, bersebelahan dengan enjin kereta. Pastikan sukatan antara minimum dan maximum. Servis minyak brek sepatutnya adalah setiap 40 000km.

2. Apabila anda tekan brake tetapi rasa seperti tak mencengkam atau kurang cengkaman, itu menandakan brake pad dah habis.

3. Lain pula kalau anda tekan brake tetapi rasa kosong dan cepat sahaja sampai ke lantai, itu menandakan berkemungkinan minyak brek bocor di salurannya atau di bahagian brake pump.

4. Lampu amaran handbrake masih menyala walaupun anda dah turunkan handbrake menandakan ada masalah dengan sistem brek anda.

5. Kalau anda tekan brek terasa keras dan kereta lambat berhenti, itu menandakan brake servo telah rosak dan perlu ditukar.

6. Pernah tak rasa kereta macam berat sahaja nak pergi? Kalau pernah rasa, berkemungkinan ada masalah dengan brake cylinder anda.

7. Brake pada yang dah habis biasanya akan mengeluarkan bunyi ketika kereta bergerak atau ketika anda hendak berhentikan kereta disebabkan besi begesel dengan permukaan besi lain.

8. Cuba pegang brake disk dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaannya banyak calar, itu menandakan brake pad anda dah sangat haus atau memang dah habis.

Semoga bermanfaat kepada anda!

2 comments.. read them below or add one

Elih Japahar Elih Japahar December 3, 2016 at 7:27 AM
Nice sharing...tapi kalau brake kereta proton, baru tukar semalam pun dah start berbunyi balik..hmmm...
Lokman Hakim Lokman Hakim December 3, 2016 at 12:52 PM
Ape yg rosak tuan, brake pad ke ape