7 Makanan Baik Untuk Kesihatan Mata Anda


Masalah penglihatan seperti rabun jauh atau rabun dekat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pasti setiap orang akan pernah merasai masalah rabun jauh atau rabun dekat. Malah masalah penglihatan tetap akan berlaku mengikut peningkatan usia kita.

Disini saya ingin kongsikan 7 makanan baik untuk kesihatan mata anda agar penglihatan akan sentiasa baik.

1-Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata).

2-Teh

Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata.

3-Kacang Walnut

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam mencegah masalah radang mata.

4-Tomato

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

5-Kacang Soya

Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata. Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

6-Telur

Telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine ​​membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

7-Brokoli

Brokoli mengaktifkan enzim anti radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.