-->

5 Tips Memperluas Ruang Memori Pada Android


Apakah anda tidak boleh memasang aplikasi baru pada smartphone Android? Kemungkinan memori telefon pintar anda sudah terlalu penuh.

Berikut adalah 5 tips untuk membebaskan memori pada smartphone Android anda.

1. Semak Penggunaan Memori Smartphone

Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum membebaskan ruang simpanan pada Android adalah dengan memeriksa kapasitinya.

Bagaimana untuk memeriksa kapasiti ruang memori pada Android (Android Central)?

Caranya dengan buka Settings, luncurkan ke bawah dan pilih Storage and USB. Seterusnya cek Apps dan Processes untuk melihat seberapa banyak ruang simpanan yang telah digunakan.

2. Uninstall Aplikasi Lama atau Tidak Terpakai

Di antara pelbagai aplikasi yang banyak dimuat turun di Android, pasti ada beberapa yang tak dipakai. Daripada hanya menghabiskan ruang penyimpanan lebih baik untuk uninstall aplikasi tersebut.

Caranya dengan masuk ke Setting kemudian tap menu Applications atau Apps. Lihat pada aplikasi yang hendak kamu uninstall. Seterusnya pilih Uninstall untuk memadamnya.

3. Semak dan Padam Muat Turun Yang Tidak Penting

Jika kamu mempunyai kebiasaan memuat turun setiap fail yang dihantar oleh orang lain, kemungkinan Android anda mempunyai kepenuhan muatan.

Meskipun begitu, menu Download tak selalu ada pada tiap telefon pintar. Namanya mungkin boleh bermacam-macam, anda boleh memadamnya untuk meringankan memori smartphone Android.

Caranya dengan masuk ke File Manager, kemudian pilih Downloads, kemudian pilih file mana sahaja yang ingin anda hapus.

4. Padam Video Berkapasiti Besar

Perkara lain yang perlu dilakukan untuk membebaskan memori Android adalah dengan menghapuskan video yang mempunyai kapasiti memori yang besar atau memindahkannya ke komputer jika video tersebut penting.

5. Gunakan Kad MicroSD

Perlu diingat bahawa tak semua smartphone menyokong slot kad memori luaran. Namun jika Android kamu mempunyai slot microSD, alangkah lebih baiknya jika memindahkan memori yang tersimpan di ruang simpanan dalaman ke ruang microSD. Ini dapat memberi ruang simpanan lebih dalam internal memory card anda.

0 comment... add one now