5 Tempat Menarik di Johor


Sedia maklum, Johor merupakan negeri yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan tersendiri termasuk mempunyai pulau dan air terjun yang cantik. Sempena cuti sekolah ini, bolehlah anda sekeluarga pergi bercuti tempat-tempat menarik yang ada di negeri Johor.

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang ada di Johor:

1- Pantai Desaru

Di Johor, Pantai Desaru amat mudah dikenali orang ramai untuk melancong yang mempunyai pemandangan laut yang cantik. Di samping, mempunyai beberapa kemudahan penginapan seperti hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti menarik seperti bermain jetski dan parasailing turut disediakan kepada anda.

2- Johor Premium Outlet (JPO)

Satu tarikan tempat untuk bershopping dimana terletak di Kulai, Johor. Shopping malk ini menempatkan banyak kedai lot yang menjual pelbagai barangan berjenama seperti Adidas, Couch dan sebagainya.

3- Legoland Malaysia Resort

Merupakan sebuah resort dan tempat pelancongan yang paling digemari di Johor. Pelbagai hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu, mempunyai taman tema air dengan aktiviti gelongsor air.

4- Dinasour Alive Water Theme Park

Merupakan sebuah kolam kecil di KSL Hotel dan Resort yang dikelilingi dengan 2 patung dinasour dan juga gelongsor kecil.

5- Gunung Ledang

Siapa tak kenal dengan kecantikan Gunung Ledang yang terletak di sempadan antara Johor dan Melaka. Merupakan sebuah gunung yang mempunyai misteri tersendiri dan mempunyai tarikan pelancongan seperti air terjun  dan kemudahan resort.

                 Image result for Dinosaur Alive Water Theme Park

Selamat bercuti!


No comments

Powered by Blogger.