5 Game Paling Dinantikan Tahun 2017


Tahun 2016 akan melabuh tirai hari ini dan bermulalah tahun baru 2017 mulai esok hari.  Setelah merangkumi rangkaian game terbaik sepanjang 2016, berikut adalah senarai game yang wajib anda mainkan pada 2017.

Kelima game tersebut akan dilancarkan ke dalam format multiplatform atau eksklusif untuk PS4, Xbox One, atau PC.

Tanpa berpanjang lebar, berikut adalah senarai lengkap 5 game yang akan dikeluarkan tahun depan.

1. Injustice 2 | TBA

Injustice 2 menjanjikan cerita yang lebih baik dengan menghadirkan kembali watak siri pertama dan beberapa watak baru lain ke dalam jajaran petarung di dalam game.

Selain menambah jumlah karakter, kini setiap watak akan mempunyai gaya bertarung mereka masing-masing. Tidak hanya fokus di dalam genre bertarung, Injustice 2 juga memaparkan mod permainan Story yang lebih baik dari siri sebelumnya.

2. Horizon Zero Dawn | 28 Feb 2017

Dibangunkan oleh Guerrilla Games, Horizon Zero Dawn sudah menjadi buah bibir banyak pengemar gaming sejak diumumkan pada ajang E3 (Electronic Entertainment Expo) 2015.

Horizon Zero Dawn memperkenalkan dunia pengembaraan yang penuh dengan robot dinosaur dan kebudayaan primitif. Guerilla Games menjanjikan cerita game yang penuh misteri, penuh dengan permainan memukau.

3. Marvel vs Capcom Infinite | TBA

Selain Injustice 2, Marvel vs Capcom Infinite merupakan salah satu game fighting yang sudah cukup lama ditunggu banyak pemain.

Sesuai dengan judulnya, game ini mempertemukan watak-watak terkenal dari dunia Marvel dan Capcom, Street Fighter, Mega Man,  yang akan bertarung satu sama lain dalam sebuah pertandingan paling mematikan di dunia game.

4. Resident Evil 7: Biohazard | 24 Jan 2017

Hanya dalam hitungan beberapa minggu, pecinta siri Resident Evil akhirnya dapat memainkan siri terbaru game bergenre seram ini.

Berbeza dari tiga siri Resident Evil sebelumnya, siri terbaru ini akan memberi tumpuan ke dalam latar belakang cerita yang lebih personal dan menakutkan seperti siri-siri awal Resident Evil.

Agar rasa seram lebih terasa apabila bermain game, Resident Evil VII memaparkan mod permainan virtual reality melalui PlayStation VR (PSVR).

5. Red Dead Redemption 2 | TBA 2017

Rockstar membuat kejutan dengan mengumumkan siri terbaru Red Dead Redemption 2. Dari maklumat yang terkumpul pada masa ini, Red Dead Redemption 2 tidak akan menjadi siri lanjutan Red Dead Redemption sebelumnya, melainkan prekuel.

Walau masih belum ada yang pasti, Red Dead 2 akan meluncur ke platform PlayStation 4 dan Xbox One menjelang tengah tahun 2017.

Selamat mencuba game tersebut di tahun depan!

No comments

Powered by Blogger.