5 Cara Isi Bateri iPhone Dengan Lebih Cepat

Cara Isi Bateri iPhone Dengan Lebih Cepat

Apakah bateri iPhone anda terasa cepat habis namun memerlukan waktu yang agak lama untuk membuatnya kembali penuh?

Sebenarnya cara ini dapat membantu anda mengisi kuasa bateri iPhone dengan lebih cepat. Sebagaimana dikutip dari Business Insider, berikut adalah 5 cara agar pengisian daya iPhone lebih cepat.

5 Cara Isi Bateri iPhone Lebih Cepat

1. Jangan Menggunakan Komputer / Laptop

Tahukah anda bahawa mengisi kuasa melalui komputer riba memerlukan waktu lama?

2. Jangan Gunakan Charger Palsu

Hati-hati semasa memilih pengecas dan aksesori buat telefon pintar anda. Baru-baru ini, sebuah syarikat menyebut bahawa pengisian daya menggunakan charger yang dibeli dari kedai online mempunyai potensi bahaya kepada smartphone anda.

Oleh kerana itu, cuba beralih menggunakan charger Made By Apple yang mempunyai pensijilan Made For iPhone (MFi). Meskipun charger dengan label MFi tidak dibuat langsung oleh Apple, syarikat pembuatan yang menghasilkan aksesori dengan logo MFi sudah mendapat certificate dari Apple.

3. Memasang Case Pelindung iPhone

Memasang case pelindung di iPhone ternyata boleh meningkatkan suhu pada telefon bimbit. Sebab, bateri lithium-ion yang ada di dalam iPhone mengeluarkan haba yang panas.

Jika anda tutupi iPhone dengan pelindung, haba panas boleh terjebak dalam peranti. Apple sendiri menyebut agar menjaga bateri tetap dalam keadaan sejuk.

4. Jangan Guna iPhone Ketika Sedang Diisi Kuasa

Banyak orang yang sering menggunakan dan bermain telefon pintar kini sedang diisi kuasa. Tentunya prestasi yang tanpa henti membuat proses pengisian daya berlangsung lebih lama. Pastikan anda tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas.

5. Aktifkan Mode Pesawat

Langkah lain yang boleh dilakukan agar pengisian daya berlangsung lebih cepat adalah mengaktifkan mode pesawat atau dipanggil airplane mode.

Dengan mengaktifkan mode pesawat, aktiviti yang menggunakan frekuensi radio seperti data mudah alih, WiFi, dan Bluetooth tak boleh dilakukan. Jika ini dilakukan, baik panggilan, mesej dan notifications tidak boleh masuk ke iPhone. Hal ini akan mempercepatkan proses pengisian kuasa.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.