-->

10 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia 2016

                  Image result for 10 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia Bagi 2016

10 orang berkuasa di dunia pun boleh cetuskan pelbagai impak pada manusia dan hidupan di bumi ini.

Baru-baru ini Forbes telah menyenaraikan mereka dalam World’s Most Powerful People walaupun ia agak subjektif untuk menyusun siapa paling berkuasa di dalam senarai tersebut.

Berikut ialah 10 orang paling berkuasa di dunia bagi 2016:

1. Vladimir Putin, 64 (Rusia)

Pengaruh Putin sebagai Presiden Rusia ke atas perihal negara-negara lain termasuk pilihanraya Amerika membuatkan namanya 4 kali berturut-turut disenaraikan sebagai orang paling berkuasa di dunia sejak 2013. Tambahan pula, Putin juga berstatus billionaire. Ini menunjukkan dia mempunyai sumber kewangan yang baik.

2. Donald Trump, 70 (Amerika)

Nama billionaire Trump mula melonjak naik selepas bertanding dalam pilihanraya Amerika sehingga dia memenangi kerusi Presiden US bagi menggantikan Obama walaupun dia dipalit dengan pelbagai isu dan skandal. Kemenangan dia mengundang senyuman para penyokong dan mencetuskan kekhuatiran bukan sahaja di kalangan pembangkang tetapi juga rakyat-rakyat negara lain.

3. Angela Merkel, 62 (Jerman)

Merkel menjadi wanita paling berkuasa di dunia apabila memegang status Canselor Jerman dan tulang belakang kepada Kesatuan Eropah. dia juga merupakan pemimpin Christian Democratic Union yang mempunyai kedoktoran dalam bidang kimia fizikal. Dia pernah disenaraikan dua kali sebagai orang nombor dua berkuasa di dunia dan 10 kali dinamakan sebagai wanita paling berkuasa di dunia oleh Forbes.

4. Xi Jinping, 63 (China)

Setelah dilantik menjadi pemimpin Parti Komunis China sebagai General Secretary, pengaruh Xi Jinping makin menyerlah sepanjang 2016. Dia juga memainkan peranan penting dalam polisi luar negara dan konfrontasi terutama melibatkan perhubungan Sino-Jepun, dan kepulauan Laut China Selatan yang melibatkan negara-negara di Asia Tenggara.

5. Pope Francis, 80 (Roman Catholic Church)

Bishop Rom di Vatican ini turun 1 anak tangga berbanding tahun lepas mempunyai pengaruh ke atas 1.3 billion penganut Kristian seluruh dunia. Menurut Forbes, Pope Francis mentransformasikan imej konservatif Gereja Katolik di mana dia menekankan pengampunan ke atas wanita yang lakukan pengangguran, mengambiltahu tentang perubahan cuaca dunia, merangka pengurusan krisis pelarian di peringkat global, dan lain-lain.

6. Janet Yellen, 70 (United States)

Ahli ekonomi Amerika ini merupakan Pengerusi Board of Governors of the Federal Reserve System yang enggan menaikkan kadar faedah domestik. Dia disenaraikan dalam top 10 kerana dia mempunyai pengaruh besar yang tidak dapat ditandingi dalam perihal kewangan Amerika.

7. Bill Gates, 61 (Bill & Melinda Gates Foundation)

Gates dengan kekayaan US$83.6 billion merupakan billionaire nombor 1 di Amerika mempunyai private charitable foundation terbesar di dunia. Dia memberi tumpuan dalam isu polio, malaria dan vaksin kanak-kanak di negara-negara membangun. Dia juga terlibat dengan mengubah sistem pendidikan K-12 di Amerika dan kerjasama dengan lebih 20 billionaire untuk Breakthrough Energy Ventures bernilai US$1 billion.

8. Larry Page, 43 (Alphabet)

Hari-hari kita menyumbang kepada kekayaannya dengan penggunaan Google yang dia asaskan bersama Sergey Brin pada 1998. Dia menjadi CEO Alphabet iaitu induk Google dan syarikat-syarikat di bawahnya. Selain Alphabet, Page menyumbang dana dalam startup kereta terbang iaitu Kitty Hawk dan Zee.

9. Narendra Modi, 66 (India)

Narendra Modi mempunyai pengaruh ke atas 1.3 billion apabila dilantik menjadi Perdana Menteri India masih mengekalkan kedudukannya di tangga ke-9 pada tahun ini. Perkara yang menjadi perhatiannya bagi 2016 ialah menghapuskan 2 wang kertas yang banyak digunakan di India sebagai satu tindakan mengurangkan aktiviti pengubahan wang haram dan korupsi. Dia turut jadi perhatian dunia apabila dilawat oleh dua pemimpin negara iaitu Barack Obama dan Xi Jinping.

10. Mark Zuckerberg, 32 (Facebook)

Saham Facebook melonjak naik sehingga 15% selepas Zuckerberg mengumumkan untuk menumbangkan 99% stok Facebook bagi pembangunan potensi manusia dan perubatan. Facebook turut menjana keuntungan berbilion dolar menerusi jualan iklan mobil pada tahun ini telah menambah fasiliti Facebook dengan keupayaan live video menerusi Facebook Live dan juga pengedaran Oculus Rift.

0 comment... add one now