-->

Viral Burger Daging Tikus 'Giant' Menjadi Trend di Rusia

 

Burger daging tikus 'Giant'? Makanan musim ini yang terbuat dari bahan semulajadi dan asli Moscow. Tak hanya itu, terkenal murah dan penuh nutrisi, iaitu tikus.

Sebenarnya bukan 100 peratus tikus, tapi nutria, roden binatang bergigi oren yang dikenali dengan coypu atau tikus sungai dan ditemui di selatan Rusia.

Berbulu kini dijumpai di sajian di beberapa restoran Moscow musim luruh ini.

Makan tikus mungkin seperti membayangkan kelaparan petani putus asa untuk bertahan hidup, atau warga negara Soviet yang muram melewati pengepungan Leningrad, tapi tukang masak berusia 35 tahun dan pemilik restoran Takhir Kholikberdiev mempunyai idea lain.

Dia menyajikan burger tikus dan berbagai macam hidangan berasaskan haiwan pengerat lain di restoran yang mewah di pusat Moscow.

Krasnodar Bistro yang baru dibuka bandar Rusia selatan di mana koki Kholikberdiev berasal, dipasarkan kepada generasi baru Moscow kelas menengah dengan ufuk masakan yang luas, dan sesuai menjadi trend terbaru di antara restoran Moscow yang menumpukan pada kualiti tinggi bahan-bahan tempatan.

Mereka yang sedikit ketakutan oleh gagasan mengunyah tikus hanya salah maklumat, kata Kholikberdiev.

"Ini binatang benar-benar bersih; tidak hanya nutria adalah haiwan herbivor tetapi ia hobi mencuci semua makanan sebelum makan. Dan sangat tinggi asid omega-3. Banyak doktor dan pakar pemakanan mengesyorkan hal ini," kata Kholikberdiev seperti dikutip dari The Guardian.

Burger tikus di Krasnodar Bistro kelihatan pucat, berair dan agak hambar, dipamerkan di antara daging ayam belanda dan babi. Burger nutria itu tersaji bersama roti yang lembut, dengan banyak isi yang enak. Rasanya cukup lazat, walaupun sambil mengunyah daging di restoran.

Tikus sungai atau nutria berkembang biak dengan cepat. Membuat haiwan itu mudah dan murah untuk dipelihara. Pada tahun 1990an, kebanyakan warga Rusia hidup di bawah garis kemiskinan. Tak banyak orang mampu membeli baju atau kot berbulu yang biasanya dari rubah atau mink. Jadi, bulu nutria menjadi alternatif.

"Tiap desa di wilayah Krasnodar mempunyai 100 atau lebih nutria kesayangan dan kalau anda tinggal di rumah datuk nenek anda di situ, mereka selalu membuat sup daripada haiwan itu," kata Kholikberdiev.

Namun, di Moscow, makan nutria adalah perkara yang sama sekali tidak lazim. Tapi kini berubah, beberapa restoran mula menyiapkan menu nutria.

Selain burger tikus, Krasnodar Bistro juga menawarkan hot dog, dan wrapped nutria.

Sumber: Liputan6

0 comment... add one now