V Shem & Wee Kiong Kini Digelar Beregu No 1 Dunia


Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini merangkul gelaran beregu nombor satu dunia mengikut kedudukan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Ranking dunia yang terbaru dikemaskini oleh BWF itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata, diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe / Carsten Mogensen, 67,534 mata.

Lapor Bernama, selepas meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik Rio de Janerio, Gov V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lalu.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata, manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata.


No comments

Powered by Blogger.