Tips Hendak Tukar Minyak Hitam Yang Anda Perlu Tahu


Bagaimana memilih minyak enjin yang sesuai untuk kereta anda? Mesti anda nak tahu kan!

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred).

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. contohnya; SAE 10W / 30, SAE 15W / 50, SAE 20W / 50 dan sebagainya. Maksud W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30. Minyak hitam jenis ini adalah biasa digunakan untuk kereta cc (cubic centimetre) kecil seperti Kancil, Mira, Kelisa, Atos, Viva, Myvi dan lain-lain.

Enjin yang mempunyai cc rendah biasanya di bawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.

Pastikan kereta berkuasa demikian diisi dengan minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan: Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin daripada mengalami kerosakan dan kebocoran.

Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now