Telebuzz Ingin Membantu Pengguna Bangunkan Bot Telegram Tersendiri


Pada tahun ini, bot telah menjadi salah satu perbualan hangat, malah pelbagai perkhidmatan permesejan telah menyokong bot, termasuk Telegram, Facebook Messenger, Skype dan sebagainya. Perkara ini turut membuatkan pelbagai perkhidmatan hadir dalam membantu para pengguna umum mahupun pembangun membangunkan bot mereka tersendiri.

Terkini, salah satu perkhidmatan yang hadir daripada pembangun tempatan dalam usaha memudahkan pengguna membangunkan bot Telegram tersendiri iaitu Telebuzz. Apa itu Telebuzz sebenarnya?

Melalui Telebuzz, pengguna akan perlu mendaftarkan akaun percuma, dan akan disediakan dengan sebuah papan pemuka khusus dalam menguruskan pembangunan bot dengan mudah. Ia berfungsi lebih kurang seperti perkhidmatan membangunkan bot lain di pasaran, di mana pengguna perlu menghubungkan dengan Telegram melalui token akses.

Bagi anda yang berminat, anda boleh cuba membangunkan bot Telegram tersendiri secara percuma menggunakan platform Telebuzz mulai hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: TELEBUZZ

2 comments.. read them below or add one

Bahrain Bahrain November 27, 2016 at 8:20 PM
makin banyaklah bot yang ada kat telegram lepas ni. Bot yang selalu guna kat telegram cuma satu je iaitu pandaibot. hehe