Siri Terbaru BoBoiBoy Galaxy (TV3) Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

                       BoBoiBoy Galaxy

Siri animasi popular BoBoiBoy diteruskan dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy itu bakal menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik mereka. Sekuel baru ini akan memfokuskan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Gopal, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy akan berkisar mengenai kisah mereka yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa baru.

Akan disiarkan di slot Bananana TV3 bermula 25 November 2016, setiap Jumaat pada pukul 5 petang.

TAJUK : BOBOIBOY GALAXY
EPISOD : 26 episod
GENRE : Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2016
HARI / MASA : Jumaat, 5.00 petang
SIARAN : Bananana TV3
PENGARAH : Nizam Razak
TERBITAN : Animonsta Studios Sdn Bhd

Sama-sama kita saksikan Boboiboy Galaxy tidak lama lagi!

No comments

Powered by Blogger.