Sinopsis Sitkom Komedi Jenaka Kampung Kalut J.K.K Musim 2 (TV3)

                  Image result for Jenaka Kampung Kalut | J.K.K Musim 2 (TV3)

Sitkom komedi J.K.K kembali untuk musim kedua kini dikenali sebagai Jenaka Kampung Kalut akan mula bersiaran bermula 20 November 2016, setiap Ahad pukul 11.30 malam di TV3. Lakonan Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi dan beberapa pelakon undangan. Siri baharu kali ini membawakan sedikit kelainan dengan penampilan watak baru berbangsa Jepun iaitu Mikan Nakamura. Mereka juga akan merantau ke beberapa tempat negara Jepun seperti di Ehime, Nagano dan Tokyo.

JUDUL : J.K.K. (JENAKA KAMPUNG KALUT) MUSIM 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 November 2016 - 21 Februari 2017
HARI / MASA : Ahad, 10.00 malam
SIARAN : TV3
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Ebby Yus, Ropie, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi
PELAKON UNDAGAN : Tauke Jambu, Zara Zya, Mira Filzah, Izreen Azminda, Mat Dan (Daniel Tyler)

SINOPSIS PROGRAM J.K.K MUSIM KE-2

Mikan adalah seorang gadis Jepun yang bekerja di Isetan di Kuala Lumpur. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri yang menjual barangan ekslusif produk Jepun. Sahabat baiknya, Bijan mengajaknya untuk membuka kedai bersama-sama di J.K.K. Akhirnya Mikan membuat keputusan membuka kedai impiannya itu dinamakan sebagai 'The Japan Store'. Kedai itu menjual buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai barangan harian, kosmetik dan produk Jepun yang lain. Perniagaan yang pada mulanya baik, bertukar menjadi huru-hara dipenuhi masalah yang tidak berkesudahan dan dia dibantu oleh penduduk kampung memikirkan jalan penyelesaian.

Suatu hari, Mika mendapat tahu bahawa ibu bapanya sakit dan dia perlu segera pulang ke Jepun. Mikan meminta penduduk kampung J.K.K untuk menghantar ubat dari Malaysia. Bimbang akan keadaan Mikan, mereka penduduk J.K.K membuat keputusan untuk terbang ke Jepun bersama-sama membawa ubat diperlukan. Sampainya mereka di Jepun, pelbagai telatah aneh berlaku ketika berada di Ehime serta Nagano. Dapatkah mereka menyampaikan ubat tersebut kepada Mikan?

No comments

Powered by Blogger.