Sinopsis Filem Interchange


Filem Interchange merupakan arahan pengarah terbaik FFM25 (Festival Filem Malaysia) iaitu Dain Iskandar. Filem ini bakal menggandingkan pelakon-pelakon ternama dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, prisia Nasution dan Nadiya Nisa. Filem terbitkan Apparat Sdn Bhd ini telah menelan perbelanjaan RM3.5 juta. Jom lihat lebih lanjut dibawah:

TAJUK: INTERCHANGE

Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016
Genre: Seram, Mistik, Fiksyen, Fantasi
Pengarah: Dain Iskandar Said
Terbitan: Apparat Sdn Bhd
Pelakon: Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, prisia Nasution, Nadiya Nissa

SINOPSIS INTERCHANGE

Mengisahkan tentang Adam (Iedil Putra) seorang jurugambar forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man (Shaheizy Sam) untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia. Melihat keadaan mayat yang bermandikan darah, tergantung dari siling dengan bulu bersepahan dan negatif kaca berkecai di lantai, pembunuhan ini membayangkan amalan ritual ilmu hitam.

Pengalaman yang mereka lalui itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan mengelakkan dunia nyata serta sering merakamkan gambar dari beranda apartmennya.

Dari lensa kamera beliau, Adam mengintip Iva (prisia Nasution), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam. Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampau.

Adam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya mencari seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian (Nicholas Saputra) yang muncul dari tahyul kuno.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.

No comments

Powered by Blogger.