Sinopsis Drama Terbaru Korea The Legend of The Blue Sea


The Legend of the Blue Sea ini adalah salah drama korea terbaru yang paling dinanti-nantikan tayangannya untuk tahun 2016. Kenapa drama "The Legend of the Blue Sea" ini sangat istimewa? ini adalah kerana drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat iaitu Lee Min Ho (The Heirs) dan pelakon cantik Jun Ji Hyun (My Love From The Star).

Drama bersiri "The Legend of the Blue Sea" ini khabarnya adalah mengenai legenda puteri duyung pada era Joseon yang diadaptasi daripada cerita "EOU yadam" karya seorang sarjana pada era Joseon bernama Yu Mong In.

Apa yang hebatnya channel tv Korea, SBS cepat-cepat membeli hak tayangnya, kerana tak mahu drama ini seperti siri "Descendants of the Sun" yang jatuh ke "tangan" channel KBS2. Drama "The Legend of the Blue Sea" ini akan menjadi drama terakhir Lee Min Ho sebelum aktor berusia 29 tahun ini akan masuk kem askar selama 2 tahun.

Sedangkan bagi Jun Ji Hyun pula, drama siri "The Legend of the Blue Sea" ini adalah merupakan drama pertamanya sejak dia melahirkan anak pertamanya beberapa bulan yang lalu.

Drama "The Legend of the Blue Sea" ini tealah diarahkan oleh Jin Hyeok yang mana adalah pengarah drama popular "City Hunter" yang juga dibintangi oleh Lee Min Ho. Sedangkan penulis skrip bagi drama "The Legend of the Blue Sea" ini adalah Park Ji Eun, yang juga merupakanskrip writer dari siri "My Love From The Star" dan "The Produsers".

Sinopsis Drama The Legend of the Blue Sea:

Drama ini diilhamkan oleh legenda Joseon klasik tentang seorang nelayan yang telah menangkap dan melepaskan puteri duyung. Drama ini menceritakan kisah cinta antara anak seorang keluarga bangsawan di era Joseon dan seorang puteri duyung.

Bagaimana pula puteri duyung daripada masa Joseon telah berada di zaman moden di bandar Seoul? Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah puteri duyung yang telah menyedari bahawa dirinya telah dipindahkan ke zaman moden. Dia telah ditangkap oleh Heo Joon Jae (Lee Min Ho), seorang lelaki kacak tetapi sejuk yang juga adalah seorang putera bangsawan dari Dinasti Joseon.

Tetapi pada masa ini, Joon Jae sedang bekerja dengan Jo Nam Doo (Lee Hee Joon), seorang penipu yang mengajar Joon Jae untuk menjadi penipu yang genius. Namun kawan Joon Jae, Cha Shi Ah (Shin Hye Sun), yang bekerja sebagai penyelidik di KAIST, mungkin adalah merupakan satu-satunya harapan agar Shim Chung boleh bertahan hidup di dunia barunya itu.

Informasi The Legend of the Blue Sea:

Tajuk: The Legend of The Blue Sea
Tajuk tempatan: Pooreun Badaui Junsul
Pengarah: Jin Hyeok
Penulis skrip: Park Ji Eun
Channel: SBS (393)
Episodes: 20
Tarikh keluaran: 16 November 2016 - 19 Januari 2017
Masa: Rabu & Khamis, 22:00 (Khamis & Jumaat- jam 8.10 malam- Malaysia)

Barisan Pelakon The Legend of the Blue Sea:

Pelakon utama:

Jun Ji Hyun sebagai Shim Chung
- Kal So Won sebagai Sim Chung (kecil)
- Shin Eun Soo sebagai Shim Chung (muda)
Lee Min Ho sebagai Heo Joon Jae
- Jeon Jin Seo sebagai Heo Joon Jae (kecil)
- Jin Young sebagai Heo Joon Jae (muda)
Lee Hee Joon sebagai Jo Nam Doo
Shin Hye Sun sebagai Cha Shi Ah




Tunggu apa lagi sama-sama kita saksikan drama terbaru ini!

0 comment... add one now