Sinopsis Drama 2000 KM Ke Al-Haram Slot Widuri Tv1


Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd arahan Harris Fadzillah. Bersiaran mulai 12 November 2016, pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1.

JUDUL: 2000KM KE AL-HARAM
EPISOD: 26 episod
TARIKH TAYANGAN: 12 November 2016
HARI / MASA: Sabtu & Ahad, 7.00 malam
SIARAN: Slot Widuri TV1 (RTM)
IDEA ASAL: Adzim Shahabudin
SKRIP: Sofia J.Ryhland
PENGARAH: Harris Fadzillah Abd Samad
TERBITAN: D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd
PELAKON: Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Dato Jalaludin Hassan, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Marisa Yasmin, Raja Azrey, Anne Abdullah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ika Nabella, Laila Nasir, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz

WATAK PELAKON

Mia Ahmad sebagai Iqa
Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Iqram Dinzly sebagai Daniel
Janna Nick sebagai Inas
Dato Jalaludin Hassan sebagai Shuhaimi
Lisdawati sebagai Salmah
Marisa Yasmin sebagai Maria
Fauzi Nawawi sebagai Suhaimi
Raja Azrey sebagai Doktor Wan Hazim

LAGU TEMA / OST 2000KM KE AL-HARAM
Lagu: Patah Hati
Penyanyi: Mojo

SINOPSIS 2000KM KE AL-HARAM

Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi yang dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya, mula berubah menjadi seorang yang jauh dari agama selepas balik dari London. Bapa kandung Hadi merancang untuk membawanya ke Doha dan mengerjakan umrah bersama dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik. Ketika di sana, Hadi telah bertemu Iqa. Perkenalan Iqa dan Hadi sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

No comments

Powered by Blogger.