-->

Ronaldo Bakal Menyambung Kontrak Bersama Nike Bernilai Lebih USD 1 Billion Untuk Seumur Hidup

                 Real Madrid forward Cristiano Ronaldo celebrates scoring for Real Madrid

Indahnya hidup jika menjadi bintang seperti Cristiano Ronaldo. Nike dijangka akan mengemukakan tawaran penajaan baharu untuk Ronaldo dan nilai tajaan itu kemungkinan mencecah USD 1 billion!

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan untuk seorang atlet menerima tajaan sebesar itu. Ronaldo telah menggunakan produk Nike sejak tahun 2003 lagi dan kemungkinan besar tajaan ini berkonsep seumur hidup. Sama seperti Adidas menaja David Beckham untuk seumur hidup.

Jika semuanya berjalan lancar, Ronaldo akan mendapat USD56 juta setahun dari Nike sepanjang beliau hidup.”Kerjasama Nike dengan Ronaldo berjalan lancar dan kami berharap dapat menandatangani satu kontrak jangka panjang di masa hadapan,” kata wakil Nike.

Ronaldo kini sedang berada di peringkat terbaik dalam hidupnya apabila baru-baru ini beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid di mana beliau akan terus berada di kelab iu sehingga tahun 2021. Gaji beliau akan kekal pada 365,000 pound seminggu.

Menurut Forbes, Ronaldo adalah atlet sukan paling kaya tahun lepas dengan nilai USD113 dari kutipan gaji dan tajaan. 

0 comment... add one now