-->

Perak, Malaysia Tersenarai Diantara 10 Destinasi Popular 2017 Oleh 'Lonely Planet'

                   Perak’s capital Ipoh mixes graceful colonial architecture with funky cafes and boutique hotels © simonlong / Getty Images

Baru-baru ini Lonely Planet baru sahaja mengeluarkan senarai 10 destinasi popular yang mesti dikunjugi pada tahun 2017.

Pemilihan ini disenaraikan oleh kumpulan Lonely Planet berdasarkan pengalaman dan tinjau mereka sendiri. Buat pengetahuan anda, setiap tahun Lonely Planet akan mengeluarkan senarai destinasi pilihan terbaik untuk pelancong.

Untuk berada dalam senarai 10 lokasi terbaik, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Di antara kriteria yang mesti dipenuhi adalah termasuk, kekayaan sejarah sesuatu tempat, perubahan infrastruktur, dan ekonomi negara tersebut.

Destinasi yang dikategorikan sebagai ‘Best In Travel’ biasanya destinasi yang mengalami perkembangan seperti menawarkan tempat-tempat dan perkara baharu yang lebih menarik.

Paling membanggakan apabila Malaysia termasuk di antara 10 lokasi popular 2017 dalam kategori ‘Top Regions’.

Choquequirao, Peru menjadi destinasi pilihan pertama dengan menerima kunjungan seramai 3000 pengunjung setiap hari. Manakala Perak, Malaysia pula menduduki tempat ke 9.

Di bawah ini merupakan senarai lengkap 10 destinasi popular 2017:

1. Choquequirao, Peru
2. Taranaki, Selandia Baru
3. Açores, Portugal
4. North Wales, Inggris
5. South Australia
6. Aysén, Chili
7. Tuamotu Islands, French Polynesia
8. The Georgia coast, Amerika Serikat
9. Perak, Malaysia
10. Skellig Ring, Irlandia

Sebelum ini Ipoh, Perak pernah disenaraikan dalam 10 bandar wajib dilawati di Asia oleh Lonely Planet. Memang hebatlah Malaysia nih!

2 comments.. read them below or add one

Lokman Hakim Lokman Hakim November 14, 2016 at 1:18 PM
haha..saya belajaq kt perak kak...hihi