-->

Mossad, Agen Rahsia Yahudi Yang Paling Ditakuti


Tahukah anda apa itu agen perisikan Mossad yang sangat digeruni dunia? Adakah ia sesuatu yang memberhaya kepada dunia?

Mossad selama ini telah bersembunyi di sebalik bayang-bayang kehebatan Israel. Identiti mereka hanya sedikit diketahui berbanding isu-isu mengenai CIA. Hanya segelintir orang yang tahu bahawa untuk membandingkan Mossad dan CIA (Amerika), KGB (Rusia), dan MI6 (Inggeris) adalah perkara yang bodoh.

Mossad sama sekali bukan tandingan mereka. Dalam lambang mereka yang tertulis "Ha-Mossad le-Modiin ule-Tafkidim Meyuhadim" (Ibrani: "המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים", saya salut bagi anda yang boleh membacanya.) Yang bererti "Institut Perisikan dan Operasi Khas".

Mossad dibentuk oleh Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion pada tanggal 1 April 1951. Pada awal penubuhannya Gurion mengatakan bahawa tujuan Mossad adalah, "Untuk negara kita yang sejak penubuhan telah berada di bawah ancaman musuh-musuhnya. Perlembagaan perisikan ialah barisan hadapan pertahanan. Kita harus belajar dengan cara yang baik untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. "

Mossad sendiri mempunyai beribu pejabat pusat di Tel Aviv. Pada 1980-an, personilnya diperkirakan sudah berjumlah berjumlah 1500-2000 orang. Hingga tahun 1996, sirektur Mossad selalu dirahsiakan sehingga akhirnya kerajaan Israel mengumumkan pada awam Mejar Jeneral Danny Yatom sebagai pengarah menggantikan Shabtai Shavityang dipecat awal 1996.

Operasi Mossad

Entah mengapa hingga saat ini sangat sukar ditemui buku-buku mengenai mereka. Satu-satunya cara untuk memudahkan pencarian tentang mereka adalah menukar keyword carian dengan "agen Israel".

Salah satu buku yang pernah saya baca menceritakan tentang kesaksian mantan anggota Mossad. Dari buku itu telah saya pelajari, bahawa para agen Mossad yang diperintahkan untuk melakukan eksekusi, tidak pernah mendapat tugas kedua. Dalam buku itu dikisahkan bahawa dalam masa pemerintahan perdana menteri Ariel Sharon, Israel telah memanggil para eks-tenteranya yang dianggap kebal, keras kepala, dan yang paling obsesi. Mereka yang berjumlah 4 orang kemudian dibawa ke rumah sang perdana menteri pada tengah malam. Disana telah menunggu sang perdana menteri juga salah satu ahli parlimen, di sinilah mereka akan dimunculkan rasa nasionalisme mereka.

Sang Perdana Menteri akan menangis di depan mereka sehingga membuat mereka terpanggil untuk membela bangsanya. Begitu mereka selesai 'dimakrifatkan', selanjutnya tinggal melancarkan operasi. perlu diketahui, jika mod operasi dari para agen sangat unik. Para agen hanya akan diberi pengertian mengenai sasaran mereka, foto, data-data, dan segala macam hal yang berkaitan dengan sasaran. Jika telah selesai dengan ini, mereka kemudian akan doberikan wang. Setelah mereka diberikan wang, misi harus dijalankan.

Israel hanya mengetahui jika dalam beberapa masa hadapan, sang target akan segera ditemui mati, dan Israel bersih dari ini. Para agennya tidak akan mendapati satu orang dalam Israel jika mendapati satu halangan pun dalam menjalankan misi. GAGAL bukanlah pilihan dalam Mossad. Jika misi telah selesai, mereka bebas menikmati kehidupannya seperti sedia kala, mereka bebas berpindah ke Amerika atau ke mana sahaja dengan wang baki yang telah diberikan pada awalnya.

Dalam suatu tindakan yang saya baca, pada tahun 1973, pernah para agen Mossad melakukan suatu kesalahan, mereka tidak sengaja membunuh Ahmed Bouchiki yang dikira adalah Ali Hassan Salameh, mereka kemudian memburu Salameh yang ternyata berada di suatu hotel. Bom pun dirancang, dan berjaya disusupkan dalam bilik hotel Salameh sebelum Salameh tiba di hotel, sayangnya begitu peledak diaktifkan, bom tidak meletup.

Salah satu anggota pasukan pun langsung mengambil dua batang dinamit dan langsung menuju sendirian ke bilik Salameh sambil berkata, "demi negaraku, jika bom itu tidak dapat melenyapkan Ali Hassan Salameh, maka dengan kedua tangankulah akan kulenyapkan dia". Dia pun akhirnya berjaya melenyapkan Ali Hassan Salemeh dengan kedua tangannya sendiri.

Itulah kisah yang dapat menggambarkan bagaimana hebatnya para agen rahsia Mossad ini.

0 comment... add one now