-->

Menakjubkan! House Of Vans Taman Skatepark Bawah Tanah Di Kota London

                  house-of-vans-london-indoor-skatepark-designboom-02

Suatu ketika dahulu, aktiviti sukan-sukan lasak seperti skateboard dan rollerblade sangat digemari oleh golongan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah pada sekitar tahun 1997 hingga ke 2000.

Malaysia sempat menjadi hos kepada temasya X-Games Asia untuk tempoh beberapa kali. Pada kemuncak ear populari sukan-sukan ekstrem ini, terdapat ura-ura  bahawa banyak taman-taman ekstrem akan dibina di seluruh Malaysia bagi menghasilkan lebih banyak atlet sukan ekstrem tempatan.

Namun, 15 tahun pun berlalu pergi dan kini kebanyakan orang lebih gemar duduk selasa di dalam rumah dengan bermain permainan di gajet-gajet seperti iPad dan Playstation.

Di London terdapat sebuah taman skateboard  yang dibina di dalam sebuah terowong bawah tanah. Dikenali sebagai House of Vans, taman skateboard ini dibina berhampiran stesen keretapi Waterloo. Selain daripada menjadi tempat belia di sana beriadah, taman skateboard yang sebesar 3000 kaki persegi ini turut menempatkan venue konsert, ruang pameran yang boleh disewa dan tempat makan minum. Nampak cool.

                 house-of-vans-london-indoor-skatepark-designboom-500

                 house-of-vans-london-indoor-skatepark-designboom-09

0 comment... add one now