Matrix Powerwatch Jam Tangan Pintar Menggunakan Haba Tubuh Pemakai Sebagai Sumber Tenaga

                        

Jam tangan pintar mempunyai satu masalah utama iaitu ia perlu dicas dengan kerap. Teknologi bateri masih belum cukup maju untuk membekalkan kuasa yang lama pada jam tangan pintar berbanding jam tangan biasa. Matrix Powerwatch ialah jam tangan pintar unik kerana tidak perlu dicas. Sebaliknya ia menggunakan haba tubuh pemakai sebagai sumber tenaga.

                      

                      

Seperti filem The Matrix, panel termoelektrik pada bahagian belakang Powerwatch mengubah haba tubuh menjadi tenaga elektrik. Apabila tidak dipakai Powerwatch akan berhibernasi bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Ia akan hidup semula apabila dipakai. Jam tangan yang menggunakan skrin e-ink ini boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS.

Harga jualan bermula dari $99 (~RM 428) dan boleh ditempah melalui laman Indiegogo.

Sumber: INDIEGOGO

No comments

Powered by Blogger.