Masalah dan Tanda-tanda Gearbox Anda Rosak


Terkini, masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal apabila sering saja bertukar dengan sendiri. Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah kerap juga berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Perbezaan antara manual dan auto gearmemang banyak, di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak, dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh kotak gear manakala manual adalah kita gerakkannya.

Dari segi brek juga begitu, brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual. Auto mudah dikendalikan, kurang tekanan, kerisauan dan secara teknikalnya ia amat baik.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur seperti:

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat / memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto. Tanda-tanda seperti: -

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)
3.Terdapat 'freeplay,' (ruang pertukaran gear) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4
4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang membolehkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah? Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut: -

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear. Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan. Oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin.

Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah disarankan untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now