‘Lucky Knot Bridge’ Tarikan Terbaru Di China Yang Patut Anda Lawati

                Image result for lucky knot bridge

Tidak mustahil pada akan datang, jambatan merah di China ini pasti akan menjadi satu salah satu destinasi unggul seperti mana adanya senibina unggul ‘The Great Wall Of China’.

Sebelum ini China pernah memperkenalkan jambatan kaca paling tinggi dan terpanjang di dunia, yang bagi kami itupun sudah cukup mengagumkan. Tidak cukup dengan itu, kali ini China memperkenalkan pula reka bentuk jambatan bersimpul yang dipanggil ‘Lucky Knot Bridge’.

Melihat reka bentuk senibina jambatan ini, memang tidak boleh dinafikan ianya memang cukup awesome! Rasa teruja pula kami mahu lalu di jambatan ini, mungkin lokasi ini boleh dimasukkan dalam senarai pelancongan anda jika ke China nanti.

Direka bentuk oleh kumpulan arkitek NEXT Architects, jambatan berbentuk seperti pintalan ribon gergasi ini juga dikenali dengan nama ‘Dragon King Kong Bridge’. Jambatan ini menawarkan laluan pejalan kaki sepanjang 185 meter merentasi Sungai Dragon King Harbour.
         
                 Image result for lucky knot bridge

                 Image result for lucky knot bridge

Selain dari keunikan reka bentuk senibinanya, jambatan ini juga merupakan penghubung di antara 2 buah taman disamping menyajikan permandangan panorama yang cukup indah sekali.

Laluan ini sememangnya aktiviti menarik yang patut dilakukan jika berkunjung ke China, bukan itu sahaja malah aktiviti berjalan kaki seperti ini sememangnya senaman yang baik untuk kesihatan.

Memang terbaikklah senibina jambatan ini!

No comments

Powered by Blogger.