-->

Kini Membeli Di Instagram Lebih Mudah Dengan ‘Shoppable Tags’


Instagram hadir dengan lebih banyak iklan lagi. Dan fungsi iklan yang hadir pada kali ini mungkin membuatkan lebih suka. Fungsi terbaru yang dinamakan sebagai 'shoppable tags'.

Fungsi terbaru daripada Instagram ini membolehkan pengguna membuat belian terus daripada iklan yang dipamerkan.

Hanya dengan menekan produk yang terdapat pada gambar dan seterusnya anda akan dibawa ke laman jualan. Mudah bukan?

Setakat ini fungsi ini cuma hadir buat pengguna iOS sekitar U.S. dan bakal hadir buat pengguna Android dari serata negara buat masa akan datang. Fungsi ini turut hadir dalam iklan bervideo membolehkan pengguna melihat produk dengan lebih mudah dan teliti.

Kami membayangkan fungsi ini pasti mendapat sambutan dengan kerjasama jenama-jenama pakaian dan streetwear terkenal digandingkan pula bersama artis kesukaan ramai. Pastinya jualan melonjak tinggi. Peminat pakaian mahal pasti suka dengan features terbaru ini.

0 comment... add one now