Instapaper Menawarkan Fungsi Berbayar Secara Percuma Untuk Mengakses


Instapaper merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda menyimpan sesuatu laman web, dan membolehkan diakses pada kemudian masa melalui peranti mudah-alih atau komputer. Sebelum ini, perkhidmatan Instapaper telah pun diambil-alih oleh Pinterest.

Walaupun diambil-alih Pinterest, perkhidmatan Instapaper masih beroperasi seperti biasa. Dan terkini, perubahan besar dilakukan dimana pengguna tidak lagi perlu membayar untuk mengakses Instapaper Premium sebaliknya kini semua pengguna boleh mengakses ia secara percuma.

Kini pengguna turut boleh menikmati fungsi seperti bebas iklan, sokongan teks-ke-suara, nota tanpa had dan sebagainya tanpa perlu membayar.

Dan bagi pengguna yang telah membuat langganan, anda akan menerima wang kembali dalam hari-hari akan datang.

Sumber: INSTAPAPER

No comments

Powered by Blogger.