-->

Instagram Stories Kini Memperkenalkan Anda Tag Kawan, Tambah Pautan, Dan Sertakan Boomerang


Instagram Stories kini merupakan salah satu fungsi yang kian popular pada aplikasi perkongsian gambar dan video berkenaan. Melaluinya, pengguna boleh hadir dengan sebuah siri video beberapa saat yang dikongsikan kepada rakan-rakan mereka, dan hilang selepas kira-kira 24 jam.

Setelah memperkenalkannya sebelum ini, hari ini Instagram membawakan beberapa fungsi baru dan penambahan pada perkhidmatan berkenaan. Salah satunya adalah integrasi kandungan rakaman melalui Boomerang iaitu satu lagi aplikasi daripada Instagram yang membolehkan pengguna hadir dengan gambar bergerak-berulang.

Selain itu, kini pengguna turut boleh tag rakan-rakan dalam sesuatu Instagram Stories selain turut membolehkan pengguna menambah pautan dalam Instagram Stories.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, bolehlah semak mulai sekarang!

0 comment... add one now