-->

Inilah Muzium Batu Berwajah Manusia Yang Sunnguh Pelik Di Tokyo

                chichibu-human-face-rock-museum1

Jika anda merancang pergi ke Tokyo, jangan lupa untuk berkunjung ke Bandar Chichibu sekali. Di sana terdapat sebuah muzium yang mana kami kira sangat unik dan pelik!. Muzium ini memaparkan koleksi-koleksi batu berwajah manusia.

Walaupun kedengaran agak lucu, jangan ketawa dahulu kerana Muzium Chinsekikan di Chinchibu ini sangat popular di sana. Di muzium ini terdapat sebanyak 1700 koleksi batu-batu berbentuk pelik, dan 900 daripadanya dikatakan mirip seperti wajah manusia.

Malah ada di antaranya dikatakan mirip tokoh-tokoh terkenal seperti Elvis Presley, ET, Boris Yeltsin dan watak permainan video Donkey Kong, memang aneh sungguh batu-batu ni.

Pemilik asal muzium ini menghabiskan masanya selama 50 tahun mengumpulkan batu-batu berbentuk aneh sebelum meninggal dunia pada tahun 2010, dan kini tanggungjawab menguruskan muzium ini disambung oleh anak perempuannya pula.

                 chichibu-human-face-rock-museum3

Buat pengetahuan anda, Muzium Chinsekikan masih lagi mencari batu-batu berbentuk pelik untuk ditambah ke dalam koleksinya. Jika anda menjumpai batu berbentuk pelik, boleh la menyumbang kepada muzium ini.

1 comment... add one now