Inilah Kereta Termahal di Dunia

                    ferrari-250-gto-57-million-20

Tiga unit kereta Ferrari 250 GTO dijual pada harga lebih dari USD55 juta (RM231 juta) sebuah.

Pada tahun 2014, Ferrari 250 GTO dijual pada harga USD38.1 juta (Rm160 juta), tetapi terdapat berita angin mengatakan penjual persendirian menjual pada harga yang lebih mahal. Baru-baru ini dua penjual persendirian masing-masing bertempat di Peranchis dan Amerika Syarikat meletakkan harga sebanyak USD57 juta (RM247 juta), manakala sebuah syarikat menjual kereta berprestij di UK, Talacrest meletakkan harga sebanyak USD55.8 juta (RM242 juta), menjadikan 250 GTO sebagai kereta termahal di dunia. Ketiga-tiga kereta tersebut adalah antara 39 unit 250 GTO  yang masih wujud di dunia.

Ferrari 250 GTO dibuat pada tahun 1960an, 39 GTO dikeluarkan di antara tahun 1962 sehingga 1964 dengan tiga jenis, Ferrari GTO Series I, Series II dan 330 GTO.

Apa yang membuatnya istimewa adalah 250 GTO dibangunkan untuk perlumbaan FIA Group 3 Grand Touring, GTO bermaksud Gran Tourismo Omologato, yang bermaksud Grand Touring Homologated, menunjukkan ia adalah sejenis kereta homologan untuk perlumbaan FIA Group 3 Grand Touring.

Ferrari 250 GTO menggunakan enjin 3.0 liter Tipo 168 V12 yang mempunyai 295 hp, hampir 100 hp per liter, satu prestasi pengeluaran kuasa kuda per liter yang sangat besar pada tahun 60an. Ia juga dikatakan mempunyai pengendalian dan sistem brek yang sangat bagus di masa itu.

Pada masa ia dikeluarkan pada tahun 1960an, ia dijual pada harga hanya USD18,000 (RM78,000) di Amerika Syarikat. Apa yang membuatnya bertambah istimewa adalah peminat yang ingin membelinya pada masa itu mestilah diluluskan oleh Enzo Ferrari dan pengedar Ferrari di negara itu, Luigi Chinneti.

0 comment... add one now