-->

Harga, Spesifikasi Penuh dan Tarikh Keluaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus


Sebelum ini pihak Apple telah mengeluarkan smartphone Apple iPhone 7 dan iPhone 7 plus sehingga menjadi trending dan kegilaan orang ramai. Terbaru, iPhone 8 dan iPhone 8 plus bakal dikeluarkan secara rasmi pada tahun 2017.

Disini saya akan kongsikan mengenai harga dan spesifikasi iPhone 8 dan iPhone 8 plus:

1-Paparan
Saiz paparan akan berubah mengikut siri iPhone. Dengan keluaran iPhone 7 dan iPhone 7 plus, paparan adalah antara 6-6.5 inch. Dan apa akan berlaku kepada paparan saiz untuk pengeluaran iPhone 8 dan iPhone 8 plus nanti? Apple sekarang memberi fokus terhadap paparan OLED.

2-Kamera
Kamera iPhone 8 dijangka akan disokong kamera utama 14MP dan kamera hadapan 4MP.

3-Memori dan RAM
Apple iPhone 8 dijangka akan disokong dalam pelbagai bentuk variansi seperti 64GB, 124 GB dan 256GB. RAM iPhone 8
bakal disokong dengan 8GB RAM berbanding sebelum 4GB.

4-Bateri
Sebelum ini, iPhone 7 mempunyai daya tahan bateri sebanyak 2500 mAH berbanding iPhone 8 sebanyak 2800 mAH. Dijangka bateri Apple iPhone 8 bakal bertahan selama 18 jam menggunakan rangkaian 3G dan dikatakan menghasilkan daya tahan selama 18 jam untuk 4G.

5-Harga
Harga untuk keluaran Apple iPhone 8 dijangka akan lebih mahal berbanding iPhone 7. Harga dijangka disekitar RM 5,284 hingga RM 7,047.

Kita tunggu Apple iPhone 8 dan iPhone 8 plus yang bakal dikeluarkan pada tahun 2017. Sama-sama kita saksikan!

0 comment... add one now