-->

Harga dan Spesifikasi Penuh Infinix Hot 4 dan Hot Pro


Yang terkini smartphone keluaran Infinix baru sahaja melancarkan telefon pintar terbarunya, Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro. Meskipun berada di kelas entry level, dari segi ciri-ciri dan spesifikasi Infinix Hot 4 setanding dengan telefon bimbit lain di pasaran.

Siri Hot 4 yang dikeluarkan dengan harga RM 457 dan Hot 4 Pro seharga RM 556 itu digandingkan dengan telefon bimbit Samsung Galaxy J1 (2016), Xiaomi Redmi 3 Prime, serta Asus ZenFone 3 Max.

Berikut adalah spesifikasi  Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro:

1. Fingerprint

Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro masing-masing dibekalkan dengan pengimbas cap jari yang boleh dipakai untuk melindungi telefon bimbit serta mengakses aplikasi.

2. Bateri
Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4.000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 2 hari.

Tak hanya bateri besar, syarikat Hong Kong itu juga menyematkan ciri XChange yang boleh mengurangkan masa pengecasan, yakni 30 minit pengisian daya untuk pengunaan 1 hari.

3. RAM dan Processor
Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro dibekalkan dengan RAM 2GB dan internal sebanyak 16GB. Internal Hot 4 boleh diperluas hingga 32GB, sedangkan Hot 4 Pro diperluas sehingga 128GB. Dari segi pemproses, Hot 4 menggunakan MediaTek6580 dan Hot 4 Pro menggunakan MediaTek6737.

4. Kamera
Infinix Hot 4 dibekalkan dengan kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP. Sementara, Hot 4 Pro disokong kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP yang dilengkapi soft LED flash dan wide angle 84 darjah.

5. Stereo Effect
Infinix Hot 4 dan Hot 4 Pro dibekalkan dengan Stereo Effect pada speaker yang menghasilkan suara lantang. Kedua-duanya juga mempunyai teknologi smart voice yang boleh mengurangkan bunyi bising bila-bila masa dan di mana-mana.

6. Rangkaian
Infinix Hot 4 menyokong rangkaian 3G, sementara Hot 4 Pro telah disokong oleh rangkaian 4G LTE untuk mendapatkan internet cepat.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now