Google Map Maker Tidak Akan Lagi Berfungsi Untuk Google Maps

                          Image result for Google Map Maker Tidak Akan Ada lagi Untuk Google Maps

Hari untuk mempermainkan Google Maps dengan Lukisan dan Contengan Jenaka telah habis. Ya, Google telah mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan "bersara" dari Map Maker Tool mereka pada awal tahun depan. Sebaliknya, editing tools dan beberapa ciri-ciri akan dibawa terus ke Google Maps. Alasan utama perubahan ini berlaku adalah  “make it easier for all Google Maps users to contribute changes to the map while at home or on the go”. Mungkin mereka sudah letih melayan kerenah dengan vandalism dan lawak yang dilakukan keatas peta tersebut.

Map Maker tool dilancarkan pada tahun 2008, pada asalnya dicipta untuk membantu komuniti dalam edit dan moderate apa yang ada di sekeliling mereka. Tidak semuanya berjalan dengan baik, ada sesetangah golongan menyalahgunakan fungsi tersebut dengan membuat kenyataan palsu dan pelbagai lagi, malah ia menjadi lebih teruk hingga boleh mendatangkan masalah kepada masayarakat yang meggunakannya dengan hanya lawak bodoh mereka. Pada satu tahap, Google terpaksa menutup Map Maker Tools untuk beberapa minggu hanya untuk membuang lawak jenaka mereka hingga tidak cukup tangan.

Antara editing features yang ada seperti menambah tempat, menyunting maklumat, berkongsi maklumat tentang tempat-tempat, moderate suntingan, akan dipindahkan ke Peta Google secara langsung, tetapi mereka tidak menyatakan di mana untuk berbuat demikian dan apa perbezaannya daripada Map Maker. Mungkin mereka akan mengumumkan pada minggu-minggu akan datang. Mereka juga menggalakkan mereka yang mempunyai kecenderungan untuk membantu di dalam pemetaan dan localizing untuk menyertai Local Guides program, yang memberikan mata dan membuka ganjaran apabila anda memberikan maklumat yang berguna yang berkaitan dengan tempat-tempat di kawasan itu.

Google mengatakan mereka akan terus menambah ciri-ciri menyunting baru ke Peta Google. Sementara itu, Map Editor tool yang boleh didapati hanya sehingga Mac 2017.

No comments

Powered by Blogger.