Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Cantik Acha Septriasa Yang Awesome

                  Image result for Gambar Pra Perkahwinan Acha Septriasa

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik dan comel Indonesia yang cukup popular menerusi filem paling popular Heart, Acha Septriasa dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan yang begitu sweet bersama tunang tercintanya Vicky Kharisma di akaun Instagram (IG) miliknya sendiri.

Menurut Acha dia dan tunangnya telah mengambil gambar pra perkahwinan mereka tersebut di beberapa tempat di Australia kerana menggangap tempat di sana sangat menarik.

Menurut Acha lagi  “Gambar pre-wedding saya di ambil di sana kerana ia merupakan tempat pertemuan saya bersama tunang buat pertama kalinya.

“Jadi kami telah bersetuju untuk merakam foto pre-weeding bersama di sana,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bintang.com.

Tidak hanya menunjukkan tempat-tempat menarik di sekitar Australia, Acha dan tunangnya juga dilihat mengayakan beberapa pasang pakaian yang cantik-cantik untuk gambar  Pra Perkahwinan mereka itu.

Apabila ditanya mengenai tarikh perkahwinannya, Acha berkata dia masih menghitung hari dan amat menanti-nantikan hari bersejarah itu namun dia masih enggan menggumumkan tarikh sebenar perkahwinnya itu kepada umum.

Untuk pengetahuan anda, pemilik nama Jelita Septriasa ini  juga pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana (Dito) pada 21 Julai 2014, namun hubungan tersebut putus tidak lama selepas itu.

Acha juga adalah merupakan bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi popular Irwansyah, selepas kejayaan filem Heart.

                        Gambar Pra Perkahwinan Acha Septriasa Yang Sweet

                       acha septriasa pre wedding

                       acha septriasa pre wedding

2 comments.. read them below or add one

Lea Azleeya Lea Azleeya November 21, 2016 at 5:03 PM
Waaa cantik la gambar dia.. Lain pulak muka acha..
Lokman Hakim Lokman Hakim November 22, 2016 at 12:03 AM
Mmng cantik die pon kak...haah dah lain sikit