Facebook Kini Menguji Fungsi Yang Membolehkan Anda Mendapatkan Lokasi Dengan WiFi Percuma


Kini, Facebook dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka sebagai laman sosial utama menyaingi pencabar terdekat seperti Pinterest, Instagram dan Twitter. Maka, mereka sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru. Terkini, Facebook dilihat sedang menguji sebuah fungsi baru yang memudahkan anda menemui WiFi percuma yang berdekatan dengan anda.

Melaluinya, pengguna perlu mengaktifkan sokongan geo-lokasi pada telefon, dan ia akan memaparkan lokasi-lokasi berdekatan dengan anda yang menawarkan WiFi percuma untuk pengguna.

Fungsi ini mungkin berguna bagi anda yang ingin melakukan tugasan dan mencari tempat berhampiran yang menawarkan WiFi percuma untuk mengakses internet secara percuma. Kebiasaannya, kebanyakkan kafe di Malaysia menawarkan akses internet percuma.

Daripada apa yang dilihat, Facebook menguji fungsi ini secara terhad dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas pada peringkat global ataupun sebaliknya.

Kita sama-sama nantikan fungsi terbaru ini dari aplikasi Facebook anda!

Sumber: VB

No comments

Powered by Blogger.