Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah

PAGI ini saya nak kongsikan satu entri mengenai contoh surat rasmi berhenti kerja yang mudah. Mesti ada daripada anda yang ingin tahu cara buat surat berhenti kerja. Tapi masalahnya tak tahu cara nak buat surat tersebut? Saya akan tunjuk cara-caranya dengan mudah tapi padat! 

Baca juga:

              Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah

Contoh Surat:

Muhamad Lokman Nurhakim
No. 80 2A/4 Taman Selasih
09000 Kulim
Kedah


Pengurus Bengkel
FNR Auto Service
No. 3087 Jalan 3 Taman Selasih
09000 Kulim
Kedah

10 Oktober 2016

Tuan/Puan/Encik/Cik,

PER: PERLETAKAN JAWATAN


Merujuk perkara di atas, saya Muhamad Lokman Nurhakim memangku jawatan sebagai Technician ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai permohonan perletakan jawatan saya dengan notis satu bulan bermula dari tarikh 10 Oktober 2016 hingga 10 November 2016.

2.   Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan saya untuk meletak jawatan tersebut. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amat dikesali.

3.   Oleh hal demikian, saya amat menghargai atas sumbangan dan kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak syarikat kerana telah memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang melaksanakan tugas disini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,
                                   
(MUHAMAD LOKMAN NURHAKIM)
TECHNICIAN

Semoga artikel ini dapat memberi panduan kepada anda dalam membuat surat tawaran berhenti kerja dengan mudah.

No comments

Powered by Blogger.